ASUS Zenbook Pro 14 OLED (UX6404) kini ditawarkan secara rasminya di Malaysia. Ia dipasarkan sebagai sebuah komputer riba berkuasa serba boleh sesuai untuk pelbagai tugas produktiviti dalam tubuh yang kompak. Anda yang berminat boleh mendapatkannya pada RM10,999 sebuah dan ketersediaan adalah bermula 19 September 2023 menerusi pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia.

ASUS Zenbook Pro 14 OLED dilengkapi dengan skrin OLED 2.8K (2880 x 1800) sebesar 14.5-inci yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 550nits HDR. Ini digabungkan lagi dengan CPU Intel 13th Gen Core i9-13900H, bersama sokongan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070, 32GB DDR5 RAM dan 1TB storan NVMe Gen4.

Turut disokong adalah bateri sebesar bateri 76Wh, di samping sokongan kamera FHD dengan fungsi IR untuk menyokong Windows Hello. Pilihan I/O pula terdiri dengan 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1x Thunderboltâ„¢ 4, 1x HDMI 2.1 FRL, 1x bicu audio, 1x DC-in dan pembaca kad SD 4.0.