Cari @ Amanz

Anda ingat lagi permainan Snake yang ditawarkan pada Nokia 3310? Ia adalah permainan kegemaran saya ketika zaman menggunakan telefon bimbit. Pasti akan berlumba-lumba dengan adik-beradik untuk dapatkan skor tertinggi.

Jika anda ingin mengimbau kenangan bermain Snake, kini anda boleh lakukannya melalui Spotify. Ini kerana platform penstriman audio ini mempunyai permainan lebih kurang sama yang tersembunyi di dalam senarai main Eat This Playlist.

Untuk memainkan Snake pergi ke senarai main di atas, kemudian tekan butang tiga titik, skrol sehingga ke bawah dan tekan butang Eat this playlist atau Makan playlist ini dalam Bahasa Malaysia.

Setiap muzik yang dimakan akan menjadi semakin panjang dan semakin sukar untuk dikawal sama seperti permainan Snake. Menariknya, selepas anda tewas di ruang permainan akan ada ikon “+” dalam bulatan kecil untuk anda tambah muzik-muzik yang dimakan tadi ke dalam senarai Lagu Disukai. Permainan ini percuma dan tidak terhad kepada pelanggan Premium. Dalam cubaan kami ia tersedia pada beberapa iPhone dan belum ada pada Android.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd