Terdapat banyak projektor mudah alih yang ditawarkan di pasaran sekarang. Ini kerana ia mudah di bawa ke mana sahaja dan dengan sambungan Internet apa jua kandungan boleh terus dinikmati asalkan ada permukaan rata.

Terbaru ASUS ZenBeam L2 dilancarkan dengan Android 12 TV dan juga sistem speaker Harmon/Kardon. Projektor ini hadir dengan sistem LED DLP yang menyokong paparan FHD secara natif tetapi boleh menyokong input 4K dan HDR. Saiz pancaran adalah dari 40-120-inci dengan jarak 0.8 meter ke 3.2 meter. Kecerahan adalah sehingga 960 lumens dengan ketahanan sehingga 30,000 jam. ZenBeam L2 turut menyokong Auto Keystone, pelbagai mod paparan ASUS Splendid dan speaker 10W.

Untuk sambungan ZenBeam L2 menyokong 1x HDMI, 1x mikro HDMI, 1x USB-C PD, 1x USB-A, dan 1x bicu audio 3.5mm. Bateri adalah 65Wh dengan ketahanan mencapai 3.5 jam. Projektor ini turut boleh disambungkan ke tripod, siling atau berdiri sendiri dengan kaki yang boleh dilaras.

Alat kawalan jauh untuk kawalan turut disediakan dan untuk mengakses Android 12 TV, kotak TV turut disediakan secara percuma. Menurut ASUS beberapa pasaran hanya akan menerima projektor kosong dan kotak TV perlu dibeli secara berasingan. Buat masa ini ASUS ZenBeam L2 hanya dijual di Amerika Syarikat pada harga $722.77 (~RM3,388) sebuah.
- Sumber
- ASUS