Cari @ Amanz

Panos Panay yang merupakan Ketua Pengawai Produk (CPO) Microsoft mengumumkan beliau telahpun meletakkan jawatan. Panay yang cukup sinonim dengan produk Surface dan Windows Phone meninggalkan syarikat yang disertai beliau sejak 2004.

Tugas beliau kini diambil alih oleh Yusuf Mehdi yang akan mengetahui perniagaan Windows dan Surface. Pengumuman Panay tiba mengejut kerana hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum Microsoft akan melancarkan produk Surface baharu mereka. Tidak diketahui sama ada peletakan jawatan beliau mempunyai kaitan dengan hala tuju baharu syarikat yang kini memberikan perhatian kepada kecerdasan buatan (AI) dalam semua produk yang dikeluarkan.

Menurut laporan Bloomerg pula Panay berhijrah ke Amazon dan akan mengetuai perniagaan Alexa dan Echo. Sebelum ini Dave Limp yang mengetuai bahagian penghasilan perkakasan Amazon mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan menjelang penghujung 2023.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd