Empat tahun lalu perkhidmatan PETRONAS ROVR diumumkan dengan ia adalah sebuah lori yang beroperasi sebagai sebuah stesen minyak bergerak. Hari ini PETRONAS Dagangan Berhad dan Gamuda Land menandatangani MOU yang akan melihat pelbagai perkhidmatan PETRONAS Dagangan ditawarkan di Gamuda Cove dan Gamuda Gardens.
Antara yang bakal ditawarkan ialah cafe Mesra, stesen minyak PETRONAS, dan sistem pengecasan kenderaan elektrik (EV) Gentari. Sebelum kemudahan stesen minyak ini siap dibina, PETRONAS ROVR boleh digunakan penduduk Gamuda Cove dan Gamuda Gardens bagi mengisi petrol pada kenderaan mereka dengan sokongan pembayaran menerusi aplikasi nirtunai Setel.