Cari @ Amanz

Meta kini mengumumkan bakal memperluaskan penawaran Instagram Gifts kepada pengguna tempatan secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang. Sebelum ini, ciri ini hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Instagram Gifts merupakan ciri pada Instagram yang membolehkan para penerbit kandungan menerima hadiah daripada pengguna, sekaligus menjana pendapatan melalui perkongsian di Instagram Reels.. Untuk pengguna awam pula, anda boleh membeli “Stars” dan seterusnya menyumbang ia kepada penerbit kandungan melalui Reels.

Bagi penerbit kandungan yang ingin mengaktifkan Instagram Gifts pada akaun mereka, anda perlu mempunyai lebih 5,000 pengikut di Instagram, berumur lebih 18 tahun, dan menjadikan akaun anda sebagai akaun Profesional.

Meta akan memperkenalkan ciri ini secara berperingkat kepada semua dalam minggu akan datang ini, sekaligus memudahkan lagi pengguna menjana pendapatan melalui platform mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd