Cari @ Amanz

Huawei dalam persediaan hadir dengan penawaran tablet baharu pada 25 September mendatang. Dipanggil sebagai MatePad Pro 13.2“, ia boleh dipasarkan sebagai tablet dengan skrin terbesar yang pernah dihasilkan Huawei setakat ini. Ianya juga secara tidak langsung turut sesuai digunakan untuk pelbagai perkara termasuklah berhibur.

Poster rasmi yang dimuatnaik menunjukkan bahawa MatePad Pro 13.2 akan menampilkan rekaan serba nipis, baik untuk binaan mahupun saiz bezel. Dalam pada itu paparan juga dijangka mampu menyajikan nisbah skrin-ke-badan yang luas memandangkan paparan yang digunakan juga besar. Turut boleh dilihat dengan jelas adalah wujudnya takuk yang agak luas di bahagian skrin, di mana berpotensi memuatkan dwi-kamera melaluinya.

Selain itu terdapatanya logo NearLink Starlight pada poster juga memberi bayangan bahawa tablet ini boleh dilengkapi NearLink Starlight Wireless Connection Technology. Ia didakwa mempunyai kelebihan penggunaan kuasa 60% lebih rendah, di samping kelajuan sambungan enam kali lebih tinggi berbanding sambungan biasa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd