Cari @ Amanz

Google Bard merupakan sokongan kecerdasan buatan berbentuk generatif yang ditawarkan oleh Google sebagai alternatif kepada ChatGPT. Hari ini, Google mengumumkan penaik-tarafan dan kemaskini seterusnya untuk Bard, dimana kini Google menambah sokongan integrasi Bard ke aplikasi dan perkhidmatan Google yang lain.

Untuk menjayakannya, Google memperkenalkan Bard Extensions. Ia akan membolehkan pengguna menghubungkan Bard ke perkhidmatan Google seperti GMail, Google Docs, Google Maps, YouTube dan Google Flights.

Dengan langkah ini, anda boleh menggunakan Bard untuk melakukan sejumlah perkara, termasuk seperti mencari dokumen lama dan meringkaskan, atau menulis kembali sesuatu dokumen, merancang percutian, melakukan semakan sesuatu informasi, dan sebagainya.

Disamping itu, Bard yang dikemaskini ini juga menawarkan akses mudah dalam pengguna mengesahkan kembali jawapan yang diberi tepat atau sebaliknya.

Akhir sekali, ciri baharu yang turut ditambah adalah kebolehan untuk berkongsi perbualan Bard bersama lain – dan ia boleh diteruskan oleh rakan anda dengan mudah. Hal ini sekaligus akan memudahkan dalam tugasan berkumpulan.

Apa pun, buat masa ini, ia masih belum menyokong bahasa Malaysia lagi. Bagi pengguna yang berminat, boleh mencuba Google Bard yang dikemaskini ini hari ini, dan menggunakannya dalam terus memudahkan tugasan harian anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd