Apple Pay telah sedia ditawarkan di Malaysia sejak 2022 lepas, dan telah menyokong beberapa kad bank ketika pengenalan, termasuk Maybank, Ambank, Std Chartered dan juga HSBC. Kini, terus menambah sokongan untuk Apple Pay, kad prabayar yang ditawarkan Wise juga telah mula disokong pada Apple Pay.
Pengguna tempatan kini boleh menambah kad prabayar Wise ke Apple Pay, dan menggunakannya dalam berbelanja. Ini sekaligus mungkin memudahkan lagi pengguna mengawal perbelanjaan, dan tidak terikat dengan akaun bank utama.
Bagi anda yang menggunakan Wise, boleh melakukan permohonan kad prabayar (sekiranya belum), dan seterusnya turut memautkan ia ke aplikasi Apple Pay untuk digunakan dalam pelbagai transaksi.