Xiaomi Smart Band 8 Active Boleh Didapati Di Malaysia Pada RM129
Amy Maizuraa
Dalam diam-diam Xiaomi Malaysia dilihat hadir dengan peranti boleh pakai baharu menerusi Smart Band 8 Active. Ia ditawarkan pada harga RM129 seutas dengan pilihan warna Pink dan Black. Pun begitu ia masih boleh dibeli dengan harga lebih rendah RM89 dan promosi ini terhad sehingga 1 Oktober 2023. Perlu dimaklumkan juga bahawa peranti ini hanya tersedia untuk pembelian secara dalam talian sahaja.

Xiaomi Smart Band 8 Active dilengkapi binaan kerangka jam berbentuk empat segi dengan tali sejenis silikon. Skrin adalah sebesar 1.47-inci LCD dengan paparan berwarna dan sokongan sesentuh. Melengkapinya adalah sensor kesihatan dan kecergasan terbina termasuklah kadar denyutan jantung, pemantauan pola tidur, SpO2 dan banyak lagi. Selain itu ia juga menyokong lebih 50 mod sukan terbina, kalis air 5 ATM dan boleh bertahan sehingga 14 hari penggunaan.

[info] Beli – Xiaomi Smart Band 8 Active | Shopee [/info]
[info] Beli – Xiaomi Smart Band 8 Active | Lazada [/info]