CIMB kini mengeluarkan peringatan kepada semua pelanggan mereka untuk mengemaskini aplikasi CIMB Clicks dalam kekal menggunakan perkhidmatan perbankan pada peranti mudah-alih. Berkuat-kuasa 18 September 2023, CIMB Clicks memerlukan pengguna menggunakan versi aplikasi 6.1.110 di iOS, atau versi 4.1.109 di Android untuk kekal mengakses perkhidmatan perbankan tersebut.
Pengguna boleh menyemak versi aplikasi CIMB yang digunakan dengan membuka aplikasi CIMB Clicks, dan seterusnya tap pada ikon “?” di penghujung atas kanan skrin utama aplikasi tersebut.
Pengguna yang masih menggunakan versi lama aplikasi mungkin mengalami kesukaran mengakses perkhidmatan perbankan tersebut.