Carian
TikTok Memaparkan Label Pada Kandungan Yang Dijana AI
September 20, 2023 Effi Saharudin

Dalam dunia moden, penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan yang palsu adalah antara isu yang masih sukar dipantau. Video dengan suara yang diubahsuai boleh dilakukan dengan mudah sehingga boleh mendatangkan fitnah. Sebagai antara platform video utama dunia, TikTok kini memperkenalkan label pada kandungan yang dijana oleh AI.

Kandungan akan mempunyai label khas “AI-generated” di bahagian bawah tajuk video. Pengguna TikTok yang menggunakan kandungan imej realistik, audio dan video yang dihasilkan menggunakan AI perlu melabelkan kandungan yang dimuat naik bagi memenuhi polisi TikTok.

TikTok akan turut melabel kandungan yang dirasakan dijana oleh AI secara automatik selepas ini. Kandungan AI yang tidak dilabel boleh dibuang oleh TikTok mengikut garis panduan komuniti baharu. Untuk mengurangkan kekeliruan, TikTok akan menghasilkan beberapa video tutorial serta menerangkan polisi kandungan AI dalam minggu-minggu mendatang.

Ini adalah ciri lebih kurang sama yang diperkenalkan oleh Google, yang mana carian imej di Google Search akan memaparkan label khas pada imej yang dijana kecerdasan buatan generatif.

Komen