Minggu lepas, markah penanda aras Geekbench 6 iPhone 15 Pro mempunyai peningkatan prestasi A17 Pro sekitar 10% lebih tinggi berbanding A16 Bionic dan 44.3% lebih tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen 2. Hari ini AnTuTu pula mengeluarkan markah penanda aras iPhone 15 Pro dengan A17 dengan ia mencatatkan 1,641,883 markah. Ini menjadikannya pemproses paling berkuasa dalam carta Antutu 3D setakat ini.

iPhone 14 Pro mencatatkan 1,474,011 markah sementara Snapdragon 8 Gen 2 pada RedMagic 8 Pro+ mencatatkan 1,632,859 markah. Berdasarkan markah ini A17 Pro hanya mencatatkan peningkatan prestasi sekitar 0.55% sahaja berbanding Snapdragon 8 Gen 2.
Cip pemprosesan terbaru Apple adalah A17 Pro iaitu cip pertama di dunia dengan rekaan 3nm. Cip ini digunakan pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max yang dipadankan dengan memori 8GB RAM serta storan dalaman mencapai 1TB.
Walau bagaimanapun, markah penanda aras adalah nombor semata-mata dan penggunaan sebenar lebih memainkan peranan. Walaupun AnTuTu hanya merekodkan peningkatan yang kecil, iPhone 15 Pro boleh memainkan permainan konsol tetapi peranti Android yang mempunyai kuasa lebih kurang sama terhad kepada permua sahaja.