WhatsApp Memperkenalkan Flows – Pengalaman Membeli Dan Buat Tempahan Tanpa Tinggalkan WhatsApp
Aman
WhatsApp hari ini mengumumkan pengenalan sejumlah ciri baharu, dinamakan Flows. Melalui ciri ini, ia memfokuskan kepada perniagaan dalam memudahkan pengguna berinteraksi dan melakukan tempahan atau pembelian tanpa meninggalkan aplikasi WhatsApp.
Ia berfungsi seumpama sebuah aplikasi mini, dimana pengguna boleh melakukan tempahan temujanji, mengisi sesuatu borang, membuat tempahan tiket penerbangan, suai-padan sesuatu produk, dan melakukan pelbagai perkara lain. WhatsApp Flows membolehkan semua ini dilakukan tanpa meninggalkan aplikasi WhatsApp.

Beberapa rakan kerjasama telah dipilih dan mengintegrasikan WhatsApp Flows ini, termasuk Redbus di India. Berkemungkinan ciri ini akan mengambil masa yang sedikit lama sebelum diperkenalkan secara global.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.