Nikon Z f Dengan Sensor 24.5MP Bingkai Penuh Nircermin Dan Rekaan Retro Dilancarkan
Amy Maizuraa
Nikon Z f telah dilancarkan pada hari ini sebagai kamera nircermin bingkai penuh kelas permukaan. Ia menampilkan rekaan retro yang diilhamkan oleh kamera filem ikonik Nikon, yang turut sama menawarkan perkakasan dalaman sesuai dengan kelasnya.

Berkongsi mengenai spesifikasi kamera ini dilengkapi sensor 24.5-megapixel bingkai penuh CMOS dengan sokongan pemproses EXPEED 7 dan sistem IBIS lima paksi. Penstabilan ini juga dikatakan boleh dihubungkan ke titik fokus, dan bukan hanya imej seperti kebanyakan sistem.

Melalui sensor yang sama kamera ini turut boleh merakam video sehingga 4K60P, serta rakaman H.10 265-bit yang memberikan kelebihan pada penghasilan semula warna lebih baik. Kemampuan merakam berterusan pula sehingga 11FPS dalam mod RAW, atau 14FPS untuk JPEG menggunakan pengatup elektronik.

Sensor juga menyokong julat ISO standard diantara 100 – 64,000 yang menjanjikan keupayaan pencahayaan rendah cukup baik. Di samping turut mempunyai mod sensor-shift sehingga 96 megapixel untuk imej statik. Selain itu terdapat butang monokrom fizikal yang juga dilengkapi dengan dua profil warna baharu.
Kamera juga dilengkapi panel LCD sesentuh di bahagian belakang dan sebuah viewfinder OLED dengan 3.69 juta titik. Bateri disertakan pula boleh dicas semula, kemudiannya ciri-ciri lain pula termasuk port USB 3.2 Gen1, mikrofon/bicu audio dan HDMI.

Harga jualan adalah bermula $2,000 (~RM9,366) untuk tubuh sahaja, dan meningkat kepada $2,240 (~RM10,489) dengan kanta Nikkor Z40 f/2.0 SE.
[info] Sumber – Nikon Global [/info]