Facebook mengemaskini logo syarikat bagi memberikan imej yang lebih segar. Pada logo aplikasi, warna biru logo kini lebih gelap diletakkan dalam bulatan. Sementara itu huruf “F” yang digunakan pada logo kini lebih tebal menggunakan rekan huruf baharu Facebook Sans yang direka sendiri.
Untuk lego dalam bentuk perkataan pula, kesemuanya menggunakan reka huruf baharu Facebook Sans. Ini adalah perubahan logo kali keenam dilakukan oleh Facebook yang masih merupakan platform media sosial paling popular di dunia degan 2 bilion pengguna aktif bulanan.
Dengan logo serta reka huruf baharu, Facebook ingin memberikan imej yang lebih segar dan menyeragamkan jenama mereka pada pelbagai produk. Selain logo dan reka huruf, rekaa pada emoji Reactions turut dikemaskini dengan pilihan warna lebih ceria.