Cari @ Amanz

Amazfit Balance telah dilancarkan sebelum ini dengan fokus terhadap gaya hidup seimbang. Kini jam tangan tersebut telah mula disenaraikan di laman rasmi Shopee Amazfit Malaysia dengan harga RM1,099. Ketersediaan adalah bermula 22 September dengan hadiah percuma berupa Hypergear Drybag, Amazfit Sport Towel dan pas percuma Celebrity Fitness selama 7 hari.

Amazfit Balance dilengkapi kerangka bulat sejenis aloi aluminium bersama dua pilihan tali, sama ada Nylon atau Liquid Silicone. Saiz skrin pula sebesar 1.5-inci AMOLED beresolusi 480 X 480 dan kepadatan piksel 323 PPI. Pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan standard disertakan pada jam tangan ini yang merangkumi pemantauan kadar jantung, pola tidur, SpO2, tekanan harian dan lebih 150 mod sukan terbina.

Namun antara yang menyerlah adalah kemampuan menganalisa kesediaan mental dan fizikal. Di samping, ciri pengukuran komposisi badan yang mampu mengukur pelbagai data kesihatan badan termasuklah lemak, jisim rangka otot, protein, BMI dan metabolisme. Terdapat juga ciri bimbingan tidur khusus yang dikuasai kecerdasan buatan (AI) untuk pengalaman tidur lebih berkualiti.

Bateri 475mAh yang disertakan pula boleh bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa. Kemudian berkurang menjadi seminggu apabila digunakan dalam senario harian yang melibatkan banyak aktiviti. Ia juga kalis air 5ATM selain turut menyokong Zeep Pay untuk pembayaran nirwayar. 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd