Carian
Banci Malaysia 2020 : Petaling Mempunyai Pengguna Instagram Dan X Paling Ramai Di Malaysia
September 21, 2023 Aman

Jabatan Perangkaan Malaysia kini telah mengeluarkan dapatan berasaskan Banci Malaysia 2020 yang telah dilakukan sebelum ini, sekaligus berkongsi beberapa data menarik yang baharu. Salah satunya adalah menyentuh berkenaan media sosial.

Mengikut Banci Malaysia 2020, WhatsApp merupakan platform media sosial dengan pengguna tertinggi di Malaysia, dimana 13.6 juta daripada 16 juta orang yang memberi respon menyatakan menggunakannya. Ia diikuti oleh Facebook yang digunakan oleh 12.3 juta responden, dan seterusnya 39.2% (6.3 juta responden) mengatakan menggunakan Instagram.

Telegram pula dikatakan digunakan oleh hanya 23.2% (3.7 juta orang) responden sahaja, sementara X oleh 11.7% responden (1.9 juta orang).

Menariknya juga, mengikut data, Johor Bahru mempunyai pengguna WhatsApp tertinggi, dan juga pengguna Facebook tertinggi di peringkat daerah. Manakala, Petaling, Selangor pula dilihat mempunyai pengguna Instagram dan X (Twitter) yang paling ramai.

Data bancian turut memperlihatkan peratusan lelaki melangkaui wanita dalam penggunaan Facebook, WhatsApp dan LinkedIn. Sementara peratusan responden wanita melebihi lelaki dalam penggunaan platform Instagram, X (Twitter) dan juga Telegram.

Komen