Carian
Banci Malaysia 2020 : 500,000 Orang Mengakses Internet Melalui Rumah Orang Lain, 11.8 Juta Melalui Data Mudah-Alih
September 21, 2023 Aman

Pada hari ini, ramai yang menggunakan telefon pintar dalam mengakses internet. Perkara ini, disahkan lagi melalui data terbaru dapatan Banci Malaysia 2020, memperlihatkan 11.8 juta orang menggunakan data mudah-alih untuk capaian akses internet. Angka ini adalah daripada 13.6 juta responden berumur 15 tahun dan ke atas.

Ini sekaligus memperlihatkan telefon pintar kini menjadi salah satu cara utama untuk mencapai internet oleh rakyat tempatan. Ini diikuti oleh akses internet di rumah – dimana terdapat 5.3 juta pengguna yang menggunakannya dalam mengakses internet.

2.6 juta responden juga turut menyatakan mereka mengakses internet di tempat bekerja. Lokasi akses lain yang turut digunakan untuk capaian internet adalah termasuk kemudahan akses internet percuma (0.8 juta orang), pusat pendidikan (0.7 juta orang), rumah orang lain (0.5 juta orang) dan kemudahan akses internet komuniti (0.4 juta orang).

Komen