Xiaomi hari ini secara rasminya telah memperkenalkan variasi telefon pintar baharu dibawah siri Redmi Note, iaitu Redmi Note 13 Pro.
Redmi Note 13 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana dengan cip terbaru Snapdragon 7s Gen 2, memori sehingga 16GB RAM dan storan mencapai 512GB.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera utama dibelakang menggunakan sensor utama 200-megapixel, serta dipadankan dengan sensor ultra-lebar 13-megapixel, dan sensor 2MP. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan sensor 16-megapixel di hadapan.
Redmi Note 13 Pro turut menggunakan bateri berkapasiti 5100mAh yang menyokong pengecasan 67W. Peranti ini hadir menggunakan sistem operasi Android 13.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Redmi Note 13 Pro ini akan hadir untuk pasaran Malaysia.