Carian
Redmi Note 13 Pro+ Hadir Dengan Rekaan Skrin Melengkung Tepi, Kamera 200MP, IP68
September 21, 2023 Aman

Bersama-sama pengenalan Redmi Note 13 Pro, pihak Xiaomi turut mengambil peluang melancarkan model variasi dengan spesifikasi sedikit tinggi dan rekaan lebih premium, iaitu Redmi Note 13 Pro+.

Redmi Note 13 Pro+ hadir dengan skrin AMOLED 6.67-inci yang melengkung di tepi, sekaligus menjadikannya antara peranti Redmi yang hadir dengan penggunaan skrin seumpamanya. Ia turut dijana dengan cip MediaTek Dimensity 7200, memori sehingga 16GB RAM dan storan mencapai 512GB.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan sensor utama 200-megapixel yang dipadankan bersama sensor ultra-lebar 8-megapixel dan sensor makro 2-megapixel. Ia turut menyertakan kamera 16-megapixel di hadapan untuk rakaman swafoto. Redmi Note 13 Pro+ ini dikatakan berupaya merakamkan gambar nirhilang melalui ciri zum optikal 4x.

Pada bahagian bateri, ia hadir dengan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W. Redmi Note 13 Pro+ ini turut menjalankan sistem operasi berasaskan Android 13. Telefon ini turut hadir dengan piawaian kalis air dan debu IP68.

Buat masa ini, pihak Xiaomi tidak menyatakan lagi bilakah siri peranti ini akan dipasarkan di luar China.

Komen