Carian
Microsoft Surface Go 4 Dilancarkan Dengan Intel Processor N200 Dan Bateri 12.5 Jam
September 22, 2023 Effi Saharudin

Akhir sekali komputer tablet Microsoft Surface Go 4 turut dilancarkan awal pagi ini. Ia dilengkapi skrin 10.5″ PixelSense Display yang menyokong sentuhan serta resolusi FHD. Ini dipadankan pula dengan cip Intel Processor N200, memori 8GB LPDDR5 RAM dan storan sehingga 256GB. Tiada maklumat mengenai spesifikasi bateri selain ia boleh bertahan sehingga 12.5 jam dengan sekali caj.

Komputer turut mempunyai kamera hadapan 1080P dan kamera belakang 8MP yang menyokong Windows Hello. Papan kekunci adalah dari jenis Surface Go Type Cover yang boleh ditanggalkan menerusi sambungan bermagnet. Hanya terdapat 1x USB-C, pembaca kad microSDXC dan 3.5mm sahaja sebagai pilihan I/O.

Tablet dengan Windows 11 Pro ini turut menyokong stylus Surface Pen, Microsoft Classroom Pen 2, Microsoft Business Pen Tetapi hanya Surface Pen boleh disambungkan ke sisi tablet menggunakan magnet. Pada waktu ini Microsoft Surface Go 4 hanya dijual untuk pelanggan perniagaan pada harga bermula $579 (~RM2713) sebuah.

Komen