Aplikasi YouTube Create Dilancarkan Sebagai Pesaing CapCut
Effi Saharudin
CapCut ialah aplikasi suntingan video kegemaran kami sekarang kerana ia mudah digunakan serta hadir dengan pelbagai ciri yang mempercepatkan proses menghasilkan video pendek. Aplikasi yang dibangunkan oleh Bytedance ini kini mempunyai pesaing dalam bentuk YouTube Create.
YouTube Create diumumkan hari ini dengan ia mempunyai pelbagai ciri suntingan yang diperlukan oleh golongan pencipta kandungan di YouTube. YouTube mengumpul maklum balas daripada 3000 penghasil kandungan bagi menghasilkan YouTube Create.

Antara ciri menarik aplikasi ialah terdapat akses kepada koleksi muzik latar belakang tanpa royalti yang memastikan video boleh menjana pendapatan serta menyunting video secara automatik mengikut rentak lagu. Sokongan GIF, pelekat dan suntingan asas turut disertakan.
Aplikasi YouTube Create kini di peringkat Beta di Android. Hanya pengguna di Amerika, Jerman, Perancus, UK, Indonesia, India, Korea, dan Singapura sahaja boleh memuat turunnya pada ketika ini.
[sumber] YouTube [/sumber]