Threads Akhirnya Menambah Sokongan Multi-Profil Pada Peranti Mudah-Alih
Aman
Threads, penawaran alternatif kepada Twitter oleh Meta, aktif memperkenalkan ciri baharu hampir setiap minggu. Untuk minggu ini, kini pihak Threads mengumumkan sokongan multi-profil pada aplikasi mudah-alih Threads yang telah mula diperkenalkan secara berperingkat.
Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk bertukar-tukar profil dengan mudah – tanpa perlu log keluar dan masuk seperti sebelum ini.

Kaedah implementasinya adalah menyerupai Instagram. Apabila pengguna telah log masuk ke akaun, anda boleh tap untuk seketika pada gambar profil di penjuru bawah kanan aplikasi, dan seterusnya ia akan membuka tetingkap untuk pilih profil lain.
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh Meta kepada semua.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.