Pada ketika ini dianggarkan hanya terdapat 150 Harimau Malaya liar masih hidup di dalam habitatnya. Aktiviti manusia khusus dalam sektor perladangan adakah antara penyumbang utama Harimau Malaya kini diancam kepupusan. Bagi mengelakkan ini berlaku, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kini memulakan program permanian beradas di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) yang terletak di Sungkai.
Sungguhpun program permanian beradas ini sudah dimulakan, usaha PERHILITAN dan NWRC masih belum menunjukkan kejayaan. Selain program ini, kerajaan juga menggandakan usaha menentang pemburu haram menerusi pasukan Malaysian Tiger Task Force (MyTTF) dan Renjer Komuniti yang dianggotai veteran tentera, veteran polis, Orang Asli dan penduduk setempat.
Ini satu lagi berita buruk menarik mengenai bahaya kepupusan simbol negara minggu ini. Hanya beberapa hari yang lalu kajian mendapati kesemua 42 spesis bunga Rafflesia didapati diancam kepupusan dengan 25 daripadanya diancam kepupusan yang serius disebabkan oleh aktiviti manusia.