Carian
Razer Blade 16 x Automobili Lamborghini Edition Dengan RTX4090 Dilancarkan 
September 22, 2023 Effi Saharudin

Komputer riba gaming Razer Blade 16 x Automobili Lamborghini Edition telah dilancarkan awal pagi tadi. Ia sebuah komputer dengan skrin. 16″ Mini LED yang menyokong resolusi sehingga UHD dengan kadar segar semula boleh mencecah 240Hz pada tetapan FHD. Cip Intel Core i9-13950HX dipadankan dengan GPU NVIDIA RTX 4090, memori sehingga 64GB RAM, storan sehingga 4TB dan bateri 95.2 Wh.

Tubuh Razer Blade 16 ini berwarna hitam dengan kemasan berwarna oren Arancio Apodis lengkap dengan logo Lamborghini. Corak pada panel penutup mengambil rekaan lampu Lamborghini Revuelto. Pilihan I/O adalah 3x USB-A 3.2, 1x USB-C Thunderbolt 4, pembaca kad UHS-II SD dan bicu audio.

Harga jualan Razer Blade 16 x Automobili Lamborghini Edition ialah $4999.99 (~RM23,000) dengan ia ditawarkan dalam jumlah yang terhad.

Komen