Fitbit Menjadualkan Pengenalan Produk Baharu Pada 28 September – Mungkin Fitbit Charge 6
Amy Maizuraa
Fitbit dilihat mula mengacah keluaran peranti baharu yang dijadualkan tiba pada 28 September ini. Buat masa ini mereka sekadar berkongsi klip pendek berdurasi enam saat tanpa butiran lebih lanjut. Sebaliknya sekadar menunjukkan seorang lelaki memakai penjejak kesihatan pada tangan kanannya, di samping tarikh pelancaran pula di penghujung video tersebut.

Namun ia berpotensi menjadi pengenalan untuk peranti boleh pakai baharu Fitbit Charge 6, sekaligus menjadi pengganti Fitbit Charge 5 yang diumumkan pada 2021. Ia juga dipercayai masih mengekalkan rekabentuk yang sama, namun sudah terdapat juga naiktaraf diberi untuk kualiti di tahap lebih baik.
Imbas kembali Fitbit Charge 5 telah dilancarkan sebelum ini dengan ciri yang menarik termasuklah sensor ECG dan EDA yang setanding digunakan pada jam tangan pintar. Jadi bagaimana pula dengan generasi akan datang ini? Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Fitbit.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.