Cari @ Amanz

Google pernah menyatakan kerisauan dalam mendapatkan golongan muda untuk terus menggunakan enjin carian mereka sebagai halaman utama. Ini kerana kehadiran beberapa aplikasi sosial yang membuatkan pengguna melakukan carian terus padanya, termasuk di TikTok dan Twitter.

Namun, kini mungkin kerisauan Google berkurangan sedikit, apabila TikTok menguji integrasi carian Google pada aplikasi mereka.

Pada halaman carian di TikTok, ia diuji dengan paparan kandungan dari carian Google terus, sekaligus membuka pautan pada halaman web. Buat masa ini, ia sekadar ujian awal sahaja, dan tidak diketahui akan diuji meluas atau sebaliknya.

Menurut TikTok, mereka kini menguji integrasi pihak ketiga pada aplikasi mereka. Sebelum ini, TikTok turut pernah menguji integrasi Wikipedia pada halaman carian.

Sekiranya integrasi Google ini direalisasikan sepenuhnya, tidak mustahil kita melihat TikTok turut boleh menjana pendapatan dari Google untuk tujuan berkenaan, sementara Google sendiri boleh terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena carian.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd