Google Pixel 8 dan 8 Pro akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Kedua-dua Pixel ini adalah peranti mercu baharu Google tahun ini. Peranti ini akan dijana cip Tensor G3, hadir dengan kamera baharu serta penambahbaikan perisian.
Belum lagi dilancarkan, satu lagi peranti sudah pun tertiris iaitu Google Pixel 8a. Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada Mei 2024 ketika acara Google I/O. Imej yang tertiris mendakwa Pixel 8a ini memperlihatkan rekaan yang lebih bulat seakan iPhone X.
Setiap sisi peranti juga melengkung, bar kamera di belakang mirip rekaan Pixel sekarang, bezel skrin nampak cukup tebal dan dikatakan hadir dengan binaan premium. Peranti ini dikatakan turut akan dijana dengan cip Google Tensor G3 sama seperti peranti mercu yang bakal dilancarkan.
Buat masa ini masih awal untuk mengetahui butiran Pixel 8A. Jika ini adalah peranti tersebut, rekaan ini memang nampak unik dan berbeza dengan rekaan Pixel lain. Apa kata anda dengan rekaan seperti ini?