Carian
Amazon Akan Mengintegrasikan Pengiklanan Pada Prime Video Mulai 2024
September 23, 2023 Aman

Pelbagai perkhidmatan penstriman kini melihat kepada integrasi pengiklanan pada penawaran mereka – sekaligus menjadikan kos kepada pengguna lebih rendah, serta membolehkan mereka menjana pendapatan sampingan selain hanya langganan.

Selepas Disney+ Hotstar dan Netflix mengumumkan integrasi pengiklanan, kini Amazon turut mengumumkan perkara sama untuk Prime Video.

Menurut Amazon, bermula 2024 mereka akan mula mengintegrasikan pengiklanan untuk pengguna di beberapa buah negara. Disamping itu, pelan berharga sedikit tinggi yang bebas iklan turut akan diperkenalkan sekitar tempoh sama.

Amazon turut menyatakan kadar paparan pengiklanan akan lebih rendah berbanding siaran TV tradisional atau pesaing mereka yang lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pasaran Malaysia turut akan diperkenalkan sokongan pengiklanan seawal 2024 kelak atau tidak.

Komen