Sampel Asteroid Misi OSIRIS-REx Selamat Kembali Ke Bumi
Effi Saharudin
Misi OSIRIS-REx dilancarkan pada tahun 2016 dengan tujuan mengambil sampel daripada asteroid 101955 Bennu. Ia percubaan pertama untuk menganalisa komposisi asteroid semasa ia masih di angkasa lepas. Selepas tujuh tahun dilancarkan, sampel asteroid ini semalam kembali ke bumi awal pagi tadi.

Sampel dikutip pada 20 Oktober tahun lalu dan kapsul mengandungi sampel 101955 Bennu telah melakukan perjalanan pulang kembali ke bumi sejak itu. Kapal angkasa OSIRIS-REx pula kini dalam perjalanan untuk mengorbit matahari. Kapsul mendarat menggunakan sistem payung terjun di kawasan Ujian dan Latihan Jabatan Pertahanan Amerika di Utah. Ia kemudiannya dibawa ke Johnson Space Center di Houston milik NASA.
Sebanyak 250 gram sampel dipercayai berjaya dikumpul oleh misi ini. Sejak diambil ia disimpan di dalam kebuk yang berisi nitrogen bagi memastikan tiada pencemaran pada sampel. Menerusinya saintis ingin mempelajari lebih lanjut mengenai asal usul bahan organik dan air serta mengetahui lebih lanjut bahaya yang mungkin dihadapi pada permukaan asteroid. Perlombongan asteroid adalah antara misi yang pernah dicadangkan bagi memenuhi keperluan sumber bumi di masa hadapan.
[sumber] NASA [/sumber]