Pemilik iPhone 15 Pro Melaporkan Isu Pemanasan
Effi Saharudin
iPhone 15 Pro mula dijual di beberapa pasaran utama dunia minggu lalu dengan pra-temapahan dibuka di Malaysia pada Jumaat lalu. Kini muncul laporan awal pemilik iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max merungut peranti yang baru dibeli mempunyai isu pemanasan melampau. Di forum rasmi Apple ada yang mengatakan peranti menjadi terlalu panas sehingga tidak selesa dipegang. Isu dikesan apabila peranti sedang dicaj, memainkan permu dan mengambil gambar di luar.

Dalam permua misalnya aplikasi mula tidak berjalan lancar apabila tubuh mula terasa panas. Ujian grafik seperti 3D Mark Wildlife Exteme juga menunjukkan prestasi A17 Pro akan mula berkurangan apabila ujian dilakukan dua kali. Apple jelas menggunakan perisian untuk mengurangkan kuasa cip selepas cip mula memanas. Pada Galaxy S23 Ultra markah menurun tetapi tidak menjunam tajam seperti pada 15 Pro Max.

Isu ini menjadi tular di media sosial khususnya di kalangan pempengaruh media sosial. Ada yang mendakwa ini berlaku kerana siri iPhone 15 Pro tidak dilengkapi kebuk penyejuk seperti pada peranti mercu Android.