Project Gutenberg telah menerbitkan lebih 5000 buku audio di dalam katalog mereka secara percuma menerusi platform penstriman popular Yang menjadikan koleksi ini menarik ialah ia dibacakan oleh suara yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI). Oleh itu Project Guthenberg mendapat bantuan daripada Microsoft dan MIT.
Sistem AI digunakan kerana koleksi mereka tidak hadir daripada sumber dan menggunakan format yang sama. Terdapat kesalahan ketika buka diimbas. Maka AI yang cukup bijak untuk membaca koleksi mereka dan pada waktu yang sama kedengaran seperti manusia diperlukan. Hanya 5000 buku audio dihasilkan setakat ini.
Project Gutenberg mempunyai lebih 70,000 buku yang telah memasuki domain awam maka tiada isu pelanggaran harta intelek. Ia dimulakan oleh Michael S Hart pada tahun 1971 untuk mendigitalkan dokumen deklarasi kemerdekaan Amerika Syarikat supaya boleh dilihat semua.
Kepada yang ingin mendengar buku audio Project Guthenberg ia boleh diakses menerusi Spotify, Google Podcast, Apple Podcast, dan Internet Archive menerusi pautan di bawah.