Anthropic merupakan salah satu firma pembangunan kecerdasan buatan yang dikatakan sebagai antara pesaing OpenAI. Ia sedia menerima pelaburan daripada beberapa pihak termasuk Google sebelum ini.
Menariknya, hari ini Amazon turut mengumumkan mereka akan melabur sehingga $4 bilion (~RM18.7 bilion) pada Anthropic. Amazon akan melakukan pelaburan secara berperingkat pada Anthropic, dan mengambil pegangan minoriti pada firma tersebut.

Anthropic menawarkan sokongan chatbot dinamakan Cloude 2, serta dalam proses pembangunan kecerdasan buatan generasi akan datang yang mempunyai keupayaan 10 kali ganda berbanding penawaran AI di pasaran hari ini. Buat masa ini, Cloude masih terhad untuk pengguna di Amerika dan UK sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan kepada semua.
Dengan pelaburan ini juga, Anthropic akan menggunakan perkhidmatan awanan AWS sebagai perkhidmatan awanan utama.