Carian
OpenSignal : Pengguna U Mobile Menikmati Kelajuan Muat-Turun Terpantas Di Malaysia
September 26, 2023 Aman

OpenSignal kini hadir dengan laporan terbaharu mereka berkaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Mengikut data yang dihimpunkan antara 1 Jun sehingga 29 Ogos 2023 lepas, ia diperlihatkan U Mobile menawarkan kelajuan muat-turun yang terpantas jikalau dibandingkan dengan pesaing lain.

Mengikut data yang dipersembahkan, U Mobile menawarkan kelajuan muat-turun mencapai 39.4Mbps, selain kadar muat-turun mencapai 9.9Mbps.

Disamping itu juga, walaupun semua perkhidmatan telekomunikasi menggunakan rangkaian 5G sama, tetapu U Mobile dilihat menawarkan sokongan akses yang lebih meluas berbanding lain.

OpenSignal turut berkongsi menyatakan talian Unifi menawarkan pengalaman dan kualiti yang paling konsisten kepada pengguna berbanding lain.

Komen