Huawei MatePad Pro 13.2″ telah dilancarkan secara rasminya di China sekaligus melengkapkan lagi segmen produk berkenaan. Ia juga merupakan tablet paling besar pernah dihasilkan Huawei buat masa ini, yang sesuai untuk kegunaan harian khususnya golongan professional.
Untuk spesifikasi ia menggunakna skrin OLED sebesar 13.2″ dengan resolusi 1920 x 2880 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Huawei tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai cip pemprosesan, namun ia diyakini dijana cip Kirin 900S yang sama seperti peranti siri Mate 60 sebelum ini. Ini dipadankan juga dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 256GB/512GB/1TB.
Selain daripada itu tablet ini juga mempunyai kamera utama 13MP + 8MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 10,100mAh dengan pengecasan pantas 88W. Turut disokong ialah enam pembesar suara terbina, empat mikrofon, port USB-C dengan USB 3.1 Gen1, bluetooth 5.2 dan menjalankan HarmonyOS 4.0.
MatePad Pro 13.2″ dijual pada harga bermula CNY5,199 (~RM3,335) dengan pilihan warna Green, Black dan White.