Hari ini cukup mengejutkan kerana selain Xiaomi Malaysia bukan sahaja melancarkan Xiaomi 13T dan 13T tetapi turut mengumumkan jam tangan pintar Wear OS pertama mereka, Xiaomi Watch 2 Pro. Jam ini adalah jam Wear OS kedua Xiaomi selepas Mi Watch yang dilancarkan pada tahun 2019.
Jam ini dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 1.43-inci dengan resolusi 466 x 466 piksel. Jam ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon W5 + Gen 1 yang dipadankan dengan memori 2GB RAM dan storan dalaman 32GB. Jam ini turut mempunyai sokongan Bluetooth 5.2, sistem GPS dwi-band, bateri 465mAh dengan ketahanan mencapai 65 jam dan sejumlah sensor seperti pengimbas nadi, giroskop dan sokongan sensor analisis bioelektrikal. Jam ini turut menyokong tombol berputar.
Xiaomi turut menawarkan lebih 150 mod sukan, 20 muka jam terbina dan akses kepada pelbagai aplikasi dan perlindungan kalis air 5ATM. Tali jam yang ditawarkan adalah jenis getah dan kulit dengan pilihan membeli jenis yang lain. Tubuh jam pula cukup tahan lasak dengan binaan keluli dan warna perak atau hitam. Harga jualan di Malaysia adalah RM1199 tetapi masih tiada tarikh jualan lagi buat masa ini.
Selain Watch 2 Pro, Xiaomi Smart Band 8 turut dilancarkan. Skrin adalah AMOLED bersaiz 1.62″ 60Hz dan dijana dengan cip Apollo Blue Lite. Penjejak kesihatan ini mempunyai 150 mod sukan, perlindungan air 5ATM dan bateri 190mAh yang bertahan sehingga 16 hari.
Smart band 8 dibina dengan bahan NCVM dengan pilihan warna emas atau hitam. Harga jualan di Malaysia adalah RM199 dan boleh dibeli bermula 27 September ini.