Google hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi Google Podcasts pada 2024 kelak. Sebagai ganti untuknya, Google meminta pengguna beralih ke YouTube Music.
Pada hari ini, YouTube Music sekadar menyokong lagu sahaja, dan ia akan menambah sokongan podsiar menjelang penghujung 2023 ini. Dengan langkah ini Google akan menumpukan pelbagai perkara melibatkan penstriman kandungan di YouTube – sama ada melibatkan video mahupun audio.
Google turut menyatakan mereka akan terus meningkatkan pelaburan untuk podsiar pada platform YouTube Music, serta memudahkan lagi proses penemuan podsiar dan kandungan melaluinya.
YouTube sedia menjadi destinasi dimana kandungan video berbentuk podsiar dikongsikan, dan dengan langkah ini ia akan memudahkan lagi proses penerbitan podsiar audio oleh pengguna.
Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Google Podcasts?