Anda memiliki telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip5? Anda suka ambil gambar dan rakam video menggunakan FlexCam? Anda mahu Samsung belanja anda percutian 4 hari 3 malam ke Seoul, Korea Selatan? Ini peluang anda, kerana ada pertandingan khas yang sedang dianjurkan.
Lebih menarik, anda boleh membawa 3 ke 5 rakan anda untuk cuti bersama-sama. Pertandingan ini adalah cabaran #FlexYou360. Pertandingan ini akan membuat anda menyerlahkan kreativiti rakaman video yang anda boleh lakukan pada Galaxy Z Flip5. Samsung ingin anda merakam video pendek 360 darjah, yang mana yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi percutian ini.
Untuk memudahkan pengguna, Samsung sedia menawarkan aplikasi Flex360 yang boleh merakam video pada 360 darjah dengan satu klik sahaja. Tidak kira di mana jua anda berada seperti di konsert, lepak bersama kawan di kafe atau restoran atau detik indah bersama keluarga di rumah rakamkan segalanya dengan gaya paling unik asalkan ada tiga orang atau lima orang.
Contoh Hasil #FlexYou360
Jika anda mengunjungi ke Galaxy Booth di Samsung Experience Store terpilih – anda boleh menggunakan Samsung Galaxy Z Flip5 yang telah disediakan di reruai di sana. Galaxy Flip5 di sana telah pun disambungkan ke aplikasi Flex360 dan rakaman video serta tangkapan gambar dilakukan secara automatik. Setiap hasil yang anda dapatkan di sana boleh terus dikongsi dan letakkan tanda tagar #FlexYou360 #GalaxyZFlip5 di Instagram atau TikTok.
Syarat-Syarat
Pertama, kumpulkan 3 ke 5 orang dan ini akan menjadi Flip Gang anda. Kedua, muat turun aplikasi Flex360 di Google Play Store. Ketiga rakam video pendek paling kreatif menggunakan aplikasi tadi bersama Flip Gang.
Samsung turut menyarankan anda merakam video di Flex360 Bus di Galaxy Space, Flip Town. Reruai Flex360 ii ada dibuka di Samsung Experience Stores terpilih;
Tarikh | Masa | Lokasi Samsung Experience Store |
3 – 8 Oktober 2023 | 10am – 10pm | Setia City Mall – Tingkat LG 1 Utama – LG Highstreet, Wing Baharu |
16 – 22 Oktober 2023 | 10am – 10pm | Queensbay Mall, Penang – Tingkat G, Central Zone |
Syarat keempat adalah kongsikan rakaman video anda di Instagram atau TikTok dengan tanda tagar #FlexYou360 #GalaxyZFlip5. Pastikan akaun anda ditetapkan kepada umum dan daftarkan diri anda melalui pautan di bawah;
Syarat kelima adalah anda perlu mengikuti Samsung di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok dan X (dahulunya Twitter) untuk mendapat tahu butiran pertandingan lanjutan dan pengumuman pemenang pada 15 November nanti. Anda akan berpeluang memenangi percutian 4 hari 3 malam di Seoul, Korea Selatan bersama Flip Gang anda.
Syarat keenam dan yang terakhir adalah anda wajib kongsi nombor IMEI Galaxy Z Flip5 anda kepada Samsung sebagai bukti pembelian.
Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Flex360 anda boleh tekan pautan di bawah dan ikuti akaun media sosial Samsung Malaysia di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok dan X. Pertandingan ini akan tamat pada 31 Oktober 2023.
Jika anda ingin tahu lebuih lanjut mengenai Samsung Galaxy Z Flip 5 dan Samsung Galaxy Z Fold5 anda boleh pergi ke laman web Samsung untuk semakan dan mungkin juga membelinya untuk menyertai pertandingan ini.
*Penafian ini adalah advertorial daripada Samsung