Carian
Realme C51 Dilancarkan Secara Rasmi Malaysia Pada Harga RM549
September 27, 2023 Amy Maizuraa

Realme C51 diumumumkan secara rasminya di Malaysia hari ini dengan spesifikasi kelas asas. Ia juga dilengkapi dengan ciri Mini Capsule, sekaligus menjadi peranti Realme yang ketiga menyokong ciri tersebut selepas Realme C55 dan Realme C53.

Bagi yang berminat peranti dijual pada harga RM549 dalam dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Carbon Black. Namun anda masih boleh mendapatkannya dengan harga promosi lebih rendah RM529 untuk masa terhad sehingga 8 Oktober 2023.

Untuk spesifikasi peranti dilengkapi skrin LCD sebesar 6.47-inci dengan resolusi HD dan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan juga dengan cip Unisoc T612, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5,000mAh yang juga menyokong sistem pengecasan 33W melalui port USB-C. Melengkapi peranti juga adalah kamera utama 50MP +2MP dan kamera swafoto 5MP.

Komen