Carian
Realme Buds T300 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM199
September 27, 2023 Amy Maizuraa

Realme hari ini turut menawarkan fon telinga baharu di bawah penjenamaan Buds T300. Ia menampilkan gabungan fon telinga jenis dalam telinga bertangkai bersama pod pengecas berbentuk bujur. Dijual pada RM199, anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Realme di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Realme Buds T300 mempunyai pemandu audio sebesar 12.4mm yang juga menyokong empat mikrofon terbina. Ia juga dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif yang boleh menapis bunyi sehingga 30dB, di samping ciri audio spatial 360 darjah yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman audio maya daripada kesemua arah. Turut melengkapi fon telinga ini adalah tambatan pantas menerusi bluetooth 5.3, kalis air IP55 dan jangka hayat bateri sehingga 40 jam dengan bantuan pod pengecas.

Komen