Sejak ke belakangan ini ramai pengguna melaporkan isu duit simpanan mereka di dalam bank terus hilang atau ada transaksi yang tidak dikenalpasti berlaku tanpa sebarang pengetahuan. Antara sebab ia berlaku adalah pengguna yang gemar menekan pautan yang mencurigakan atau ada memasang aplikasi palsu yang mencuri data.
Bank DBS and United Overseas Bank (UOB) baru-baru ini telah mengemaskini aplikasi mereka. Pengguna tidak boleh mengakses aplikasi perbankan ini jika aplikasi lain yang dipasang secara sideload atau dipasang dari sumber yang tidak sahih dikesan.

Aplikasi bank hanya boleh diakses selepas peranti mengesan tiada sebarang aplikasi mencurigakan terpasang pada peranti pengguna. Ini adalah langkah yang sama dilakukan oleh OCBC dan Citibank sebelum ini.
Di Malaysia, aplikasi bank seperti CIMB atau MAE hanya tidak boleh diakses jika sistem peranti telah diubahsuai seperti root, penggunaan custom ROM, pemasangan Magisk dan lain-lain yang berkaitan. Walaupun begitu kebanyakan aplikasi bank di Malaysia masih boleh diakses jika pengguna yang bijak memasang modul Pass Safetynet.

Langkah DBS, UOB, OCBC dan Citibank ini adalah satu perkara yang baik dan turut dipuji oleh ramai pakar sekuriti siber. Pada hemat saya, bank-bank di Malaysia harus menjejaki langkah ini agar pengguna lebih selamat dan tidak menggunakan aplikasi merbahaya dan menyalahkan bank jika masalah berlaku.
- Sumber
- Channel News Asia