Jadi anda baru sahaja membeli sebuah televisyen pintar baru. Perkhidmatan penstriman video seperti Netflix, Prime Video dan YouTube semuanya sudahpun berada di hujung jari anda, Olahan warna pada kaca televisyen anda kelihatan sangat terang dan ranggi, dan juga olahan warna hitam yang benar-benar gelap gempita.
Akan tetapi walaupun pengalaman video televisyen pintar anda sangat baik, anda dapat merasakan satu kekurangan yang tidak boleh diendahkan dari segi audio. Ya, pembesar suara yang terbina didalam televisyen pintar gergasi anda sangat lantang, tetapi ia tidak memberikan anda pengalaman sinematik sepertimana apa yang ditawarkan didalam panggung wayang yang anda sudah biasa dengari selama ini.
Oleh itu, anda memerlukan pembesar suara soundbar untuk melengkapkan pengalaman tontonan teater rumah anda, yang bukan sahaja boleh menjadi pelengkap kepada keperluan audio teater peribadi anda, tetapi juga menjadi penyeri kepada ruang tamu, yang pastinya akan menjadi topik perbualan menarik bersama tetamu-tetamu anda.
Pilihan soundbar moden hari ini dilihat padat dengan bukan sahaja komponen-komponen audio yang berkuasa, tetapi juga ciri-ciri tambahan yang ditawarkan untuk membolehkan anda melebarkan lagi pilihan output audio anda daripada pelbagai jenis peranti.
Peranti Soundbar kini juga menyokong sambungan WiFi dan Bluetooth membolehkan anda untuk menggunakan perkhidmatan penstriman audio seperti Spotify, Google Chromecast Audio dan Apple Air Play 2 untuk memainkan lagu-lagu kegemaran anda pada sistem pembesar suara ini melalui peranti pintar anda.
Walaupun begitu, sebab utama mengapa anda mahu mendapatkan peranti soundbar ini ialah untuk memperbaiki mutu audio tontonan filem dan siri televisyen kegemaran anda. Terdapat banyak pilihan di pasaran sekarang dengan pelbagai tanda harga dan juga ciri-ciri.
Menggunakan Samsung Soundbar Q990C sebagai contoh, soundbar ini hadir dengan . Untuk televisyen misalnya, ia boleh disambungkan menggunakan sambungan HDMI eARC, HDMI 2.0 dan kabel optikal untuk pengalaman audio nirhilang melalui Dolby ATMOS yang akan membawa anda ke alam fiksyen apabila anda menonton filem-filem kegemaran anda.
Jika anda menggunakan gabungan televisyen pintar Samsung dan juga pembesar suara Samsung Soundbar, anda boleh memanfaatkan ciri Q Symphony untuk menyelarikan kedua-dua pembesar suara ini melalui sambungan HDMI eARC untuk mendapatkan sambungan pembesar suara penuh 11.1.4.
Kelebihan sistem pembesar suara yang hadir dengan teknologi Dolby ATMOS khususnya ialah bass yang lebih kuat, treble lebih jelas dan kemampuan melontar audio dialog dengan lebih jelas walaupun pada tetapan audio yang tinggi. Dengan terdapat lebih banyak saluran audio, kesemua bahagian audio dilontarkan dengan jelas ke dalam telinga.
Bercakap mengenai lontaran audio, ini adalah salah satu daripada perbezaan paling ketara diantara sebuah pembesar suara biasa dan juga premium. Sebuah sistem pembesar suara yang baik tetapi tidak hadir dengan ciri-ciri audio premium mungkin akan memberikan mutu audio yang enak didengari, tetapi output audio masih lagi akan tertumpu kepada tengah skrin sahaja.
Dengan teknologi seperti Dolby ATMOS misalnya, lontaran audio yang baik akan menjadikan seluruh ruangan anda sebagai pentas audio seperti anda sendiri berada didalam filem tersebut. Bunyi helikopter yang sedang terbang di udara misalnya akan kedengaran seperti ia benar-benar sedang beterbangan diatas kepala anda, ataupun bunyi tapak kaki didalam salji akan berbunyi seperti ia sedang berlaku di sisi anda.
Jika anda seorang penggemar permainan video, anda juga boleh menyambungkan konsol Sony PlayStation 5 anda kepada televisyen UHD ini, dan juga menikmati pengalaman sinematik apabila memainkan permainan-permainan kegemaran anda seperti God of War: Ragnarok, Final Fantasy XVI dan sebagainya.
Bunyi tembakan didalam permainan seperti Call of Duty juga dapat kedengaran bagaikan anda berada dalam sebuah konflik sebenar, yang mungkin sedikit menakutkan, tetapi jika realisma didalam sebuah permainan video yang anda inginkan, sebuah soundbar kelas premium pastinya sesuatu yang anda inginkan.
Saranan kami juga ialah untuk mencari perabot yang cukup besar untuk menampung kedua-dua televisyen dan sistem pembesar suara ini, ataupun anda boleh gunakan sistem VESA untuk menggantung televisyen di dinding dan kemudiannya gunakan permukaan perabot dibawah televisyen untuk memuatkan pembesar-pembesar suara ini.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, pembesar suara kelas soundbar ini bukan sahaja memberikan anda pengalaman audio seakan di panggung wayang, tetapi juga sebagai penyeri ruangan di rumah. Jika anda mempunyai seorang suri rumah yang mementingkan estetika perabot dan susunah barangan di rumah, kami pasti dengan pilihan produk soundbar yang baik, anda tidak akan mempunyai masalah untuk meyakinkan pasangan anda untuk membeli sebuah sistem soundbar.
Terdapat banyak soundbar di pasaran dan soundbar didalam artikel ini adalah Samsung Soundbar Q990C yang dijual pada harga RM 5,909 untuk masa terhad. Lengkap dengan Dolby Atmos secara nirwayar dan bilangan pembesar suara 11.1.4ch, harga yang ditawarkan adalah premium dengan bunyi yang dimainkan.
- Beli: Samsung Soundbar Q990C