Carian
Ujian Klinikal Rawatan Menumbuhkan Gigi Manusia Akan Dilakukan Tahun Depan
September 27, 2023 Effi Saharudin

Manusia dewasa akan mempunyai 32 gigi kekal selepas tanggalnya semua gigi susu. Kerana faktor usia dan kesihatan mulut, jumlah gigi akan mula berkurangan disebabkan kerosakan yang berlaku. Kita diajar selepas gigi kekal tanggal, ia tidak boleh digantikan. Manusia sudah menggunakan gigi palsu sejak 7 sebelum Masihi untuk menyelesaikan isu ini.

Gigi

Saintis di Jepun kini mengumumkan mereka akan memulakan ujian klinikal yang membolehkan gigi manusia tumbuh semula. Kajian dilakukan oleh Dr. Katsu Takahashi dari Universiti Kyoto sejak 2005. Lima tahun yang lalu pasukan yang diketahui beliau berjaya menumbuhkan gigi pada tikus makmal. Ini dilakukan selepas mengesan gen tertentu boleh mendapatkan kesan kepada pertumbuhan gigi.

Dengan menggunakan antibodi USAG-1 pada gen ini, tubuh tikus boleh diarahkan untuk menghasilkan gigi baharu. Kemudian ujian dilakukan pada ferret yang mempunyai struktur gigi seperti manusia dan sekali lagi ia berjaya dilakukan. Ujian klinikal manusia akan dilalukan pada Julai 2024 melibatkan kanak-kanak yang mempunyai penyakit anodontia. Penyakit ini menyebabkan mereka membesar tanpa gigi susu.

Komen