Acer telah melancarkan komputer riba gaming baharu di bawah penjenamaan Nitro V 15. Ia juga dilengkapi perkakasan dalaman terkini termasuklah gabungan CPU Intel generasi ke-13 terkini dan GPU NVIDIA GeForce siri RTX 40.
Menyentuh dengan lebih menyeluruh komputer riba ini dilengkapi skrin IPS 15.6-inci dengan resolusi FHD dan kadar segar semula 165Hz. Ini digabungkan pula dengan pilihan CPU Intel Core i5-13420H atau Intel Core i7-13620H, di sampiing sokongan GPU Nvidia RTX 2050, RTX 3050 dan RTX 4050. Memori pula sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB PCIe NVMe dan bateri 57Wh disertakan juga menyokong sistem pengecasan 135W.
Terdapat juga sistem penyejukan dengan sokongan dua kipas terbina bagi tujuan pengaliran haba lebih baik. Kemudian pengguna turut boleh memantau prestasi dan menyesuaikan mod permainan dengan mudah menggunaka aplikasi khusus NitroSense. Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara terbina dengan audio DTS:X, sambungan Wi-Fi 6, dan bluetooth 5.1.
Pilihan I/O pula terdiri dengan HDMI, 3 X Type-A USB 3.2 Gen 1, 1 X Type-C USB 3.2 Gen 1, 1 X RJ-45 dan USB Type-C. Komputer riba ini dijual pada harga bermula USD 699.99 (~RM3,291) sebuah.