Indonesia Mengharamkan Transaksi Edagang Pada Platform Media Sosial
Aman
Kerajaan Indonesia hari ini mengumumkan pengharaman sebarang transaksi edagang pada platform media sosial. Perkara ini diumumkan secara rasmi oleh kementerian perdagangan di Indonesia hari ini.
Dengan langkah ini, kerajaan Indonesia mengatakan akan lebih melindungi arena peruncitan dan perniagaan di negara tersebut, dan tidak terjejas dengan pelbagai platform lain seperti TikTok Shop dan sebagainya.

Langkah ini dijangka memberikan kesan yang besar terhadap TikTok yang mengintegrasikan sokongan jual-beli pada aplicais sosial merka. Sebaliknya aplikasi lain sekadar memfokuskan kepada edagang semata, atau perkhidmatan sosial senata sahaja.
Disamping pengharaman ini, kerajaan Indonesia juga turut menyatakan platform edagang perlu menetapkan harga minimum sekitar RM470 untuk jualan barangan yang dibeli terus dari luar Indonesia.
Perubahan ini semestinya akan disambut dengan baik oleh para peniaga dan penjual di Indonesia – sekaligus mengelak mereka, terutamanya peniaga kecil terjejas dengan “perang harga” di platform berkenaan. Sebaliknya, ini mungkin memberikan kesan besar terhadap TikTok yang telah mula memfokuskan cari edagang kebelakangan ini.
[sumber]Reuters[/sumber]