Carian
Meta Memperlihatkan Kebolehan Menyunting Gambar Berasaskan AI
September 28, 2023 Aman

Meta pada hari ini sedia menjadi salah satu platform perkongsian gambar utama melalui Facebook dan juga Instagram. Dalam terus menjadikan perkongsian orang ramai lebih menarik lagi, kini Meta memperlihatkan sokongan melakukan penyuntingan gambar berasaskan kepada kecerdasan buatan (AI).

Melaluinya, pengguna boleh melakukan beberapa perkara, termasuk untuk menambah kesan penuras pada gambar, atau melakukan penyuntingan lebih meluas seperti mengubah latar pada sesuatu gambar sekaligus menjadikan gambar lebih cantik dan menarik sebelum dikongsikan.

Meta menyatakan semua gambar yang dijana kecerdasan buatan akan dilabelkan sebagai imej janaan dan disunting AI.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Meta akan memperkenalkan ciri ini kepada semua.

Komen