Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman Meta AI pada hari ini, pihak Meta turut mengumumkan sokongan untuk menghasilkan imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang hadir terbina terus pada Meta AI. Dengan langkah ini, pengguna boleh menghasilkan atau menjana sesuatu gambar berasaskan kepada input teks sahaja dengan mudah.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu menyeru @MetaAI pada aplikasi seperti WhatsApp, Instagram atau Messenger – dan seterusnya menggunakan kekunci “/imagine” untuk mula menjana gambar yang dikehendaki.

Menariknya juga adalah penjanaan imej ini adalah percuma untuk digunakan, dan menghasilkan imej beresolusi tinggi.

Buat masa ini, ciri Meta AI diperkenalkan secara berperingkat dalam bentuk beta, bermula di Amerika Syarikat terlebih dahulu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd