Vivaldi merupakan salah satu penyedia perisian pelayar web yang sedia popular di desktop. Setelah sekian lama, kini Vivaldi untuk iOS turut diperkenalkan, sekaligus membolehkan orang ramai menggunakan pelayar web berkenaan di iPhone dan juga iPad.

Vivaldi untuk iOS turut hadir dengan sejumlah ciri-ciri seperti di desktop, termasuk untuk Speed Dial bagi akses pantas sejumlah pautan, sokongan Ad & Tracker Blocker, rekaan bar tab berbeza, dan sejumlah ciri lain.

Ini juga sekaligus memberikan anda pengalaman yang selari sama seperti di desktop dan juga pada iOS. Akses pantas untuk Notes turut disediakan bagi anda mencatatkan sesuatu nota dengan pantas dan menyimpannya untuk rujukan.
Dengan pengenalan untuk iOS juga, pihak Vivaldi turut menyatakan sokongan sync – membolehkan anda membawa data pelayaran web anda di desktop ke iPhone mahupun di Android.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat-turun Vivaldi untuk iOS hari ini, dan menggunakannya dalam pelayaran setiap hari.