Berita tular minggu ini ialah caj transaksi DuitNow yang dikenal oleh PayNet ke atas terhadap peruncit bermula 1 November depan. Rata-rata reaksi orang ramai adalah negatif kerana ini akan mengakibatkan kos kepada peruncit ini akan dirasai oleh pelanggan menerusi kenaikan harga barang.
Pagi ini Maybank dan Public Bank mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November. Hanya dua bank ini mengeluarkan kenyataan tidak akan mengenakan caj transaksi. CIMB pula mengeluarkan kenyataan akan hanya mengenakan caj bermula 1 Januari 2024.
Dalam siaran media yang dikeluarkan oleh PayNet yang mengendalikan sistem DuitNow, caj kadar diskaun peruncit (MDR) dikecualikan semasa pengenalan bagi meningkatkan penggunaan. Ia kemudiannya dilanjutkan lagi kerana pandemik Covid-19. Caj MDR pada waktu ini dikenakan pada setiap transaksi kad debit serta kredit.